Menunjukkan penghargaan kepada ibu bapa dan datuk nenek ialah salah satu tanggungjawab anak kepada orang tua. Penghargaan kepada ibu bapa dan datuk nenek boleh kita tunjukkan melalui beberapa cara :
- Melakukan perkara-perkara yang menyumbang kepada kesejahteraan mereka seperti menjaga makan minum, pakaian dan kesihatan.
- Tidak meminta sesuatu yang di luar kemampuan mereka.
- Mendengar nasihat dan mentaati mereka.
- Menjaga amalan budaya yang menunjukkan hormat kepada mereka.

Cikgu yakin para pelajar ada pelbagai cara menunjukkan penghargaan kepada ibu ayah dan datuk nenek. Hantar cara atau idea para pelajar itu kepada Cikgu Fini untuk dikongsi bersama rakan-rakan yang lain.
Hantarkan cara atau idea para pelajar itu kepada Cikgu Fini selewat-lewatnya 22 Februari 2008, Jumaat ini.











No comments:
Post a Comment